Friday, July 4, 2014

Ringkas dan berkhasiat

Ayam Masak Cendawan Ala Cina 

Bahan-bahan: 
1/2 ekor ayam 
8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam 
1 inci halia - dihiris 
1 biji bawang besar - dihiris 
6 ulas bawang putih - dicincang 
4 ~ 5 tangkai cili padi 
Sedikit kicap lemak manis 
Sedikit sos tiram 

Cara memasak:

1. Ayam dibasuh dan dipotong kecil2. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang). 
2. Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun tak apa. 
3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap. 
4. Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau. 
5. Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa). 
6. Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).
atas

[ Majalah Nona edisi Julai 2014 ]


Edisi Julai 2014 - Muka depan menampilkan si cantik manis, LISA SURIHANI

Alhamdulillah, saya berpeluang feature dikeluaran majalah Nona edisi Julai. Mungkin bagi anda biasa biasa je. Tapi bagi saya bukan semua akan dpt peluang mcm ini. Syukur sgt sgt..
Terima kasih sekali lagi kpd team majalah Nona kerana sudi dtg rumah nk photoshoot utk feature Reitdelicious dlm edisi kali ni. Terkejut jugak la bila terima mesej nk feature Reitdelicous dlm majalah. huhuu DIA TANYA..... 2kali jugak la tampar pipi ni...ehehe mimpi ke ape? Macam mana lg TERPAKSA la terima en. rezeki jgn ditolak. lagipun dah dia tanya....sambar je la.
Edisi lebaran kali ni Reitdelicious ade feature dlm majalah ni dan saya ade kongsikan sesuatu yang istimewa, keluaran kali ni tebal ada macam macam resepi biskut n kek tau...APE LAGI CPT PERGI BELI!!!

FB:  Reitdelicious / instagram @reitdelicious  

suka..??