Monday, March 9, 2015

Macaron Oh macaron..........

 All time favourite


Always remember MACARONS not MACAROONS

Pembuatan macaron adalah terkenal dengan 2 kaedah (method) iaitu samada italian method ataupun french method.  Secara tradisinya, macaron diperbuat dengan kaedah french (french method).
Kami membuat macaron menggunakan french method.  Ramai yang menggunakan italian method kerana faktor-faktor tertentu. Tetapi kami tetap menggunakan french method.
Italian method menjadi popular kerana dengan penggunaan kaedah ini, dapat menghasilkan (yield) macaron lebih banyak serta macaron yang lebih licin.
Manakala dengan french method pula, ia tidak menghasilkan (yield) lebih banyak macaron berbanding italian method, dan juga macaron nya tidaklah begitu licin sangat.
Namun, kami tetap menggunakan french method kerana, ia menghasilkan macaron yang enak, lebih terasa badamnya dan tidak begitu manis.
Secara logikanya, anda fikirkan, jika 500g badam digunakan, misalanya, dengan italian method dapat menghasilkan 150 butir macaron, tetapi dengan french method, menggunakan sukatan bahan yang sama cuma dapat menghasilkan cuma 100 butir macaron.  Italian method menghasilkan lebih banyak macaron kerana menggunakan air gula yang dididihkan dan ini mengembangkan lagi telur putih, makanya, hasilan nya banyak tetapi dari segi rasa mungkin kurang badam, malah mungkin akan terlebih rasa gulanya. Rasa badam juga kurang.  Bayangkan pada kuantiti sukatan badam misalannya pada 500g anda dapat 150biji macaron, bermakna, setiap butir macaron mengandungi 3.33g badam, manakala dengan french method pula, misalannya pada 500g menghasilkan 100biji macaron, bermakna sebutir macaron mengandungi 5g badam.  Namun, antara sebab italian method disukai pembuat macaron, ialah kerana ia dapat menghasilkan “bentuk macaron” tanpa perlu skil yang tinggi.
Atas sebab demikian, kami tetap menggunakan french method, yang mana merupakan teknik pembuatan macaron yang asli dan pada pendapat kami memberi rasa lebih enak kerana lebih terasa badamnya.

our signature macarons

Berminat??
Pembelian/Tempahan awal(advance purchase)bg tempahan yg banyak DISKAUN akan diberikan jika 15-29 hari dari tarikh tempahan. KLIK SINI untuk order online.

Sila pilih dan nyatakan jumlah kuantiti bagi macaron pilihan anda.  Harga yang dipamerkan adalah anggaran utk 1set,jika di kaurier harga bergantung pada set/berat.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan,sila rujuk ke laman FB atau whatsapp 0176947400..Apabila telah selesai membuat pilihan, klik pada butang submit pada bahagian bawah laman ini.

No comments:

Post a Comment

suka..??